Monday, November 15, 2010

Mesin masukkan lembu, keluarkan daging.


Sempena hari-hari hampir Raya Korban ni, aku ada kisah nak cerita.


Cerita ni berlaku waktu raya haji masa aku darjah 3. Orang kampung banyak buat korban waktu tu. Pakcik Mael sebelah rumah tumbangkan 4 ekor lembu. Tak pernahnya dia nak kalah. Tak cukup lembu, kuda pun dia korbankan. Walaupun kuda tu haiwan peliharaan anak dia, dia apa kisah. Janji orang nampak dia paling banyak buat korban. Haish 'tabik' Pakcik Mael. Pak Daus ketua kampung apa kurangnya, kambing biri-biri isteri dia habis dikorbankan. 



Aku waktu tu masih tak matang & bodoh kepalang. Barangkali. Tercetus perbualan dengan mak aku.



Aku : Mak mak.. Orang kampung kita ni tak penat ke mak?
Mak : Penat apanya anakku? (Chewah mak ni, macam cerita P.Ramlee pulak)
Aku : Yalah, korban sana. Korban sini. Nak lapah daging lembu tu bukan senang tau. Orang tengok Pakcik Mael tu berpeluh-peluh dahi kerjakan lembu korban dia.
Mak : Alah, nak penat apanya? Orang kampung kan datang tolong. Bak kata Wonder pets tu "Apa yang penting? KERJASAMA!" Haaaaaaa gitulah!
Aku : Memanglah mak, tapi dah ramai sangat korban. Penat jugak lah orang rasa.
Mak : Tak apalah, ni dapat eratkan silaturrahim kan? Kau pun mak tengok bukan main seronok lagi pergi rumah Pakcik Mael kau tu tolong orang lapah lembu. Mak tahu kau ushar anak dia si Naemah tu kan?
Aku : Haish mak ni. Kesitu pulak. Orang kesian la kat orang kampung kita ni mak.
Mak : Habis kesian? Apa kau boleh buat nakk?
Aku : Orang rasa nanti besar nak reka mesin la mak. Nak senangkan kerja orang kampung kita ni.
Mak : Mesin apa pulak ni? Mesin jahit mak yang rosak tu tak pernah kau nak baiki pun? Ni kau cakap nak reka mesin? Haish.
Aku : Ala mesin jahit mak tu tak mencabar la. Ni orang nak reka mesin untuk proses lembu la mak. Nanti, orang kampung cuma masukkan lembu je dalam mesin tu. Lepas tu, tekan-tekan sikit TADAAA! terus jadi daging dah siap lapah, potong & cincang semua mak. Senang kan?
Mak : A'ah lah! Senangnya! Pandai anak mak sorang ni. Nanti kau buat satu lagi mesin untuk mak boleh?
Aku : Haa mak baru tahu ke anak mak ni genius? Ok mesin apa pulak mak ni? Amboih kemain lagi dia..
Mak : Mesin masukkan kau, keluarkan lembu! Senang kerja mak nanti!



Terus mak aku lari-lari mak ke dapur. Takut kena geletek lah tu!



Nota mak : Oh rindu bukan kepalang kat mak..-___-"

4 comments:

bedah said...

bes la ayat last mak ko.
'masukkan kau, keluar lembu'
hahahaha.

© bLurr said...

p/s : ko jenis yang rapat ngan mak ke?

♥CIK SHA♥ said...

ni mmeng kritikal punye rindu dah ni..g la balik jumpe mak ko..kan nak cuti sem dah ni..

Rara Nasiha said...

mak dah salah anggap la. heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...