Thursday, December 16, 2010

Masalah bila taip laju sangat.


Sepanjang aku praktikal ni dah macam-macam kes aku jumpa. Ada customer yang macam-macam ragam. Kakitangan yang macam-macam perangai. Bos & Isteri Bos pun ada macam-macam hal. Inilah antara perkara yang akan aku alami kelak bila benar-benar menjalani dunia kerjaya. Sekarang pun dah lebih kurang dah kiranya. Mungkin kelak lagi teruk atau lebih senang? Siapa tahu? Wallahualam.



Kali ini kisahnya pasal seorang kakitangan lama dekat tempat aku praktikal. Dia bahagian general. Sama dengan akulah kiranya. Eh tak. Aku sama macam dia. Heh. Dia ni kalau buat kerja laju bangat. Bila key-in data, huish dialah yang laju dalam pejabat tu. Tiada yang lain.

Bila customer datang nak buat insurans or nak buat road tax. Dialah yang key-in data. Taip laju. Laju sangat. Tak mainlah taip style popcorn tu. Pop! Pop! Pop! Guna jari telunjuk je. Dia guna semua jari habis jari tangan jari kaki sekali dia taip. 

Nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu. Seorang customer yang dah datang semalam, datang lagi hari ini ke pejabat kami. Muka memang ketat dari luar lagi dah boleh nampak. Pejabat tu pintu kaca so memang boleh nampak lah.

Dia masuk muka mantain ketat. Dalam pejabat tu aku duduk bahagian depan sekali. Apa-apa hal customer akan jumpa aku dulu. Dah macam kaunter khidmat pelanggan pun ada aku ni. Dia masuk, dia duduk walaupun aku tak jemput duduk. Betul-betul depan aku. Dia keluarkan cover note insurans dia then dia cakap "Nama saya Fatimah Binti Tahir!" Marah benar gayanya.

Aku pandang cover note tu, betul dah nama dia Fatimah tertera kat situ. Tapi binti TAHIK!

Terus aku suruh dia jumpa kakitangan lain. Aku lari ke belakang. Kentut angin Gelak angin je dalam tandas... Adohai. Punyalah jauh R dengan K....

# Buat kerja laju tu bagus. Tapi hati-hati tu tetap kena ada. 

13 comments:

maya.sumaiyah said...

hahahaha.. yang ni lawak gile kaw kaw. wahahahahahah... *gelak xingat dunia.

Paan Ovrtd said...

Hahahaha! Tu belum jumpa customer kat cawangan insurans akak aku ni. Nama pelik2 belaka. Ye la, kebanyakan kat sini orang asli, ko bayangkan la sendiri.

asyfiqaz said...

ahaha~advice la swoh bapak dy tukar nme..jadi bahan je kang..hahaha

FH said...

hahaha kesian gile.. XD

Puteri Iqa Izyan said...

hahahaha.adoi..
taip laju sgt..

aku slalu cmtuh. taip laju sgt la kononnye. pastu ayat pun tah pape. byk gile slh ejaan. haha

SyahmiFikri said...

hahahahahha.. lawak2.. siap kena tahik.. dah la customer kann.. lol..

kembatolo™ said...

ala.. tak senaga la tu..
lagipon jarang orang nme tahir.. hahahaha

mizzbutterfly said...

okey...tq topex..ko da bg aku gelak...laju2 da nih...hehehehhehe.. keje molek2 na...

langitbirupelangiungu said...

wahahaha...mmg nak cari penampar freee~

HaMiZah said...

kesiannya .HAHAHAHA!!

dilla adilla said...

hahaha... kesian

░♥si lampu neon♥░ said...

SAMPAI ATI KO HAHAH

HonEyBuNNy said...

hehhehehhehehhehhe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...