Wednesday, February 23, 2011

Persamaan antara perokok tegar dengan kucing (Sambungan).


Ya. Customer takde ni. So sambung balik. Hmmm. Persamaan antara perokok tegar dengan kucing.

Semua tahu merokok tu memang bawak kesan buruk je takde nye nak bagi kesan baik. Lepas tu bila kita cerita pasal keburukan merokok ni, ramai lah perokok tegar yang marah cakap diorang hisap rokok dah lama takde kesan sampingan pun. Bila kita kata kita tak suka orang hisap rokok dekat kita, bau asap busuk lah apa lah, nanti perokok tegar ni akan cakap kalau tak suka / taknak bau asap, duduk diam-diam dalam rumah, duduk jauh-jauh dari perokok. Adoi. Dah macam mana? Haish.

Sambungan cerita pakcik tu, dia cakap, perokok tegar ni sama macam kucing. Sama dari segi apa? Dari segi bila berkeluarga nanti. Semua tahu resam kucing macam mana, kahwin (Tak kahwin pun, mengawan je tahu!) HAHA. Buat anak, lepas tu si bapaknya tinggal ibu sarat mengandung, beranak, jaga anak, sampai besar. Si bapak kucing pergi cari kucing lain. 

Hey, wassup cats?! XD

Kalau manusia? Kalau manusia, berkahwin, tetiba yang perokok tegar ni meninggal. Tinggal isteri mengandung, bersalin dan jaga anak sampai besar. Ayahnya? Ayahnya dah takde. Sakit jantung, paru-paru, sakit kanser itu ini macam-macam.

......

Itulah yang diceritakan pakcik tu. Adalah hubungkait persamaannya juga antara kucing dengan perokok tegar ni. Lebih dahsyat lagi kalau suami merokok depan isteri, depan anak-anak. Suami dapat sakit, isteri dengan anak-anak pun sama dapat penyakit jadi perokok pasif. Sabar je lah.

Janji rock sudah. :)

# Gua takde masalah sangat pun dengan perokok tegar ni, tapi jangan main hembus-hembus asap atas muka gua sudah. HAHA.

1 comment:

Cik Fia said...

oho... cenggitu eh? heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...