Wednesday, February 23, 2011

Ini bukan drama anak tiri baik-baik.


Sekarang cerita/drama/filem apa-apa yang tayang kat TV makin hari makin gempak, makin hari makin haram kan? Memanglah ada antaranya yang kononnya menggambarkan kehidupan sesebuah masyarakat atau cerita benar yang berlaku atas seseorang kan?


Tapi ketahuilah yang semua pun cerita saja. Lakonan je pun. Mungkin yang betulnya sama dalam lakonan tu cuma tak sampai dari separuh jalan cerita pun. Eh, bosanlah kot cerita tu kalau betul-betul sama macam cerita sebenar. Kan? Paling tidak pun mesti ada tokok tambah punyalah! Mustahil kot nak sama sebijik seketul macam cerita sebenar. Haa. Ni nak marah ni.

Sebab tu lah, kalau kau rasa kau ada perwatakan mak tiri sekalipun dalam dunia sebenar ni, kau tak boleh pun nak rasa yang akan ada watak anak tiri yang baik-baik tak kisah kau marah dia apa semua. Yelah! Macam dalam drama (Baca : Cerekarama) kat TV3 tu selalu tayang watak anak tiri yang baik tak kisah kena marah, kena pukul, herdik apa semua tu! Kan?

Apa? Mungkin ada? A'ah mungkinlah ada. Tapi agak-agak berapa banyak benda tu nak ada dalam dunia sebenar kau ni eh? Kat sekeliling kau? Ada? Tak ada kot?

Kadang-kadang kau tak sedar pun kau bawak tu watak macam mak tiri, itupun pada orang-orang tertentu yang kau rasa nak marah 24 jam macam kau tu PMS 27 jam? Haish. Manusia ke apa ni? PMS lima minit sudah. Kan? Ini tidak, marah orang tak tentu pasal sepanjang masa. Yang peliknya orang sama pulak tu? Orang lain elok je duk bergurau senda? Haish. Memang macam cerekarama lah!

Ni nak cakap, kau kena tahu yang orang pandang kau macam orang tua kot? Macam nenek. Kalau belah-belah Perak sana orang panggil macam Opah je. Dah Opah tu buat perangai Opah la. Nak garang buat apa. Kalau ye pun garang, garang je lah dengan semua. Ini tidak, dengan sesetengah orang je. Pilih kasih ke nak tarik perhatian ni? Haish. Teruk.

Itulah aku cakap, ini bukan drama anak tiri macam dalam drama yang kau suka sangat tu (aku pun suka kadang-kadang). Yang ada watak anak tiri yang tak kisah kena marah selalu hari hari setiap minit setiap jam. Tambah pulak kau siapa? Bukan betul-betul mak tiri aku pun. Sekadar perempuan yang aku hormat kerana lakunya seperti Opah je kot. Bukan siapa-siapalah. Huh.

# Memang menyampah kalau setiap kali jumpa, kau nak buat-buat garang. Dengan aku je pulak tu? Dengan orang lain tak. Pandai!

1 comment:

hakim said...

Die sayang hang lebe kot =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...