Thursday, February 24, 2011

Tiada rupa?


Hey guys. HAHA. Hey guys lah pulak kau sekarang kan? Poyo.

Hari ni kita borak pasal rupa jom. Rupa je pun apalah sangat. Sekarang kan semua benda pun nak tengok rupa dulu. Rupa nombor satu, perangai/sifat/peribadi nombor dua. Gitu eh? Adeh. Mana boleh. Tak baik. Tuhan marah. Aku? Aku marah pun korang tak kisah kan? Apa boleh aku buat ni? XD

Marah sampai kembang-kembang hidung pun tak dengar.

Ya. Aku akui kebanyakan (Baca : Semua) manusia memang tak lari dari memandang rupa. Dah nak buat macam mana, memang kalau pandang kita tengok wajah/muka dulu kan? So kira kita pandang rupalah dulu. Ye dok? Ke bukan? Korang kalau jumpa pandang pusat? Ketiak? Lutut dulu ke? Tak mungkin. Tak mungkin.

Oh saya padang kaki je.

Ya ya. Mari sini serius sikit boleh tak? Memang sekarang ramai yang macam ni. Apa-apa hal kalau ada dua individu, sorang cantik, sorang hodoh datang pergi mintak kerja ke apa ke, kebarangkalian yang cantik tu dapat kerja tu lebih tinggi dari yang hodoh tu. Walaupun bakat yang dia ada lebih baik dari yang cantik tu. Betul tak betul? Tak betul buatlah satu entri dalam blog korang. Pastu kita buat perang blog.

Alah macam tak biasa korang tengok sekarang kan trend perang-perang blog. Nak kasi up blog, ambik gambar blogger famous letak dalam entri pastu kutuk-kutuk. Tunggu peminat blogger famous tu mengadu then nanti blogger tu pun buat entri pasal blog yang mengutuk dia nanti pastu wallah! Trafik blog mencanak naik la kan? Pastu buat entri balas. Pastu sana balas sini, sini balas sana. Pastu matilah korang sampai bila pun aku tak tahu. 

Hey come on guys, im waiting. *pffftt! 

Berbalik pasal masalah dunia yang aku cakap tadi. Bila seseorang tu tiada rupa, timbul satu keadaan dimana dia akan menjadi pilihan terakhir sekali dalam apa jua keadaan. Nak ajak keluar? Nak dapat kerja? Nak dapat ganjaran? Nak itu? Nak ini? Mereka ini bagaikan diletakkan di bawah pilihan yang paling akhir dalam setiap keadaan! Adil tak adil dunia?

Bukan apa, tak sedar ke yang mereka di kalangan yang ada rupa tu takkan jadi cantik, jadi hensem, jadi comel kalau bukan kerana Allah berikan. Jangan nak fikir bagus sangatlah bila cantik, hensem, comel kononnya kerana usaha sendiri. Kalau Tuhan nak bagi bala "Dummm!" sekali je terus senget sana sini muka tu payah jugak kan? Jangan riak takbur sangat sampai menghina mereka yang tiada rupa ni. Serius ni semua aku cakap untuk ingatkan diri sendiri jugak. Takde nya aku nak cakap kat siapa-siapa. Aku ni tak bagus mana pun.

......

Kepada yang tak ada rupa (Bukan hantu ok!) ni, jangan nak kecik hati sangatlah. Chillax. Biar kita ni dipandang tak ada rupa di mata manusia, janji Allah nampak kita ni ada rupa. Ada nilai. Manusia? Semua sedarjat kot. So, kalau ada manusia pandang kita ni hina, biar lantak dia. Janji kita tak dipandang hina oleh Allah SWT. InsyaAllah.

# Patutlah ramai yang dah bedah sana sini, cucuk tang sana tang sini. Sebab apa? Sebab ada diantara manusia yang menghina mereka sehingga mereka ini mempunyai keyakinan yang sangat rendah! Kadang-kadang ZERO terus. Dah nak buat apa pun asyik kena hina, orang pandang itu tak elok ini tak elok. Haish. Sabar je lah..

6 comments:

mykhalis said...

tapi itulah.. Khalis sendirik kadang2 percaya pada pandangan kali pertma,, ni budak baik nie,, ni samseng nie..tapi tak semestinya..

mahfuzahmardy said...

muka?? eiu.. fake belaka! hehehe..
xtau nk ckp cmna dlm mmilih muka.. agk2 kalau kasi chance nk jugak yg mcm ashraf muslim.. ad x?? haha
p/s: nk yg lengkap je.. AGAMA pnting kot ya! :P

Piah Becok said...

haaa... setuju gile entri ni..sebab? kena dgn diri ku sendiri. padahal mati sok dimakan ulat jugak kan dalam kubur tuh.. muke tak lawa macam artis terus taknak amik keje.. atleast bersyukur la yang manusia tu dilahirkan cukup sifat fizikal. jangan mengeji dan memilih sangat, terkena kat diri sendiri baru menyesal..

hepi blogging!!!

man yusoef said...

bersyukur la dgn ape yg ada...sesungguhnya kita ni sesempurna ciptaan...nak hina org lain, tengok diri sndiri dulu...huhu

AfiQ said...

tu diaaa!!! bila topex berbicara! hahaah.. betol..ak sokong ape yg ko kta.sebab ak pon kadang2 kene camtu gak..maklum la.. org xdek rupe.. sob3... tp lantak la kan..asal kite selesa ngan diri sendiri!

p/s: topex untung la... baby face.. hahaha... lariiikk!!!

justin bieber said...

muke lu ensem berani la lu post mcm ni. rambut biber pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...