Pernah tak gaduh sampai tak bertegur siapa dengan sesiapa sampai berhari, berminggu, berbulan malah bertahun lamanya? Aku? Aku pernah je. Suka cari pasal tapi tak suka orang cari pasal. Haish. Buruk perangai!
Buruk kalau marah² ni. Tengok budak ni pun tak comel dah kalau marah. HAHA
Tapi ada je kes yang mana aku mintak maaf & orang tu sendiri mintak maaf. Haish macam bebudak? Ntahlah kadang² terfikir jugak macam budak² tapi apa boleh buat. Ya, tahu je marah tu ibarat percikan api yang membakar hati manusia. Kan? Tapi tak boleh lari dari marah. Dah cuba. Kot? Hahah!
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Bukanlah orang kuat itu kerana pukulan (Berani dan mampu memukul orang lain), tetapi sesungguhnya orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
Masalah banyak kalau dah marah ni. Suami isteri cerai berai. Kawan² jadi lawan. Kekasih putus sana sini. Haish macam². Lagi satu perasan tak kadang² bila dah marah, bila dah gaduh, bila dah berbaik, kita jadi susah nak rapat semula. Rapat macam sebelum kita marah, sebelum kita bergaduh tu sendiri.
Mungkin benda macam ni ambil masa kot? Baru berbaik kan? Nak borak pun segan bukan main. Dua² pihak pun senang memilih diam je macam sebelum ni (Waktu bergaduh. Tak bertegur siapa.) Sebab tu Islam tak bagi marah ni. Marah bawak kepada bergaduh. Bergaduh bawak kepada semua ni la. Walau dah berbaik pun masih lagi segan & kurang akrabnya seperti sebelumnya.
Tapi kira ok lah kalau dah gaduh, mintak maaf, memaafkan, then berbaik semula. Daripada gaduh, tak baik² sampai sudah. Tapi apa yang terbaik adalah jangan marah & gaduh langsung. Baru style! Errr tapi nanti ada pulak yang cakap "Orang yang tak marah & tak gaduh tu bukan manusia namanya. Itu patung!" Urgh! Pulak dah.
Kucing pun marah! -_-"
Aku dah lalui banyak benda ni. Mula² marah biasa je. Pastu meluat. Pastu menyampah. Pastu gaduh. Tak layan. Tak bertegur siapa. Serabut. Gila. Bodoh. Bangang. Ok terlebih sudah ni. Last sekali ada satu masa MUNGKIN berbaik semula tapi pergaulan dah jadi lain. Malu. Segan. Rengganglah kiranya. Haish.
Segan macam itik! xD
Nasihat seposen untuk diri sendiri & lain², elakkanlah marah² ni. Tak elok. Mak aku marah kot? Ish. Tak elok weh. Nak² nanti bila korang dah kahwin, marah kat isteri kang habis jadi cerai-berai pulak. Aku? Aku takpe kot, aku kahwin 4, isteri nombor 1 marah, aku lari gi rumah isteri nombor 2, kalau nombor 2 marah, aku gi kat isteri nombor 3, isteri nombor 4 pun ada. Haaa banyak pilihan sikit! HAHA. Bergurau.
**Jangan marah² lagi dah. Orang yang pemarah ni biasanya dia melihat seseorang tu dari sudut keburukan orang tu sendiri sampai tak perasan pasal keburukan diri sendiri. Sabor je lah!~
4 comments:
marah tanda sayang. XD
marah tanda maya gila.
marah boleh jadi punca terputusnya satu ikatan...
minx maap pas da takde mmbr...huh! sabo je lah!
Post a Comment