Thursday, May 19, 2011

Sabar subur tak sabar masuk kubur.


Semua masalah beransur selesai dengan hikmah masing-masing. Alhamdulillah. Tekanan perasaan slow & steady makin berkurangan. Kalau tak boleh capai tekanan perasaan tahap maksima aku ni sampai tarik-tarik bulu hidung agaknya. Sabo je lah!


Bertenang Bro!

Kita ni manusia tak lari dari masalah. Kadang-kadang kita buat masalah. Kadang-kadang orang lain yang buat masalah untuk kita. Kadang-kadang kita kongsi masalah dengan orang walaupun masalah orang kita langsung taknak ambil tahu. Kita tak boleh nak hidup dalam dunia ni tanpa ada bantuan orang lain. Memanglah kalau ikutkan kita nak berdikari & nak selesaikan masalah sendiri. Tapi ada beberapa masalah yang memang kita takkan boleh selesaikan tanpa bantuan orang lain.

Hidup ni jangan kera sumbang sangat. Dahlah tak menyumbang apa-apa, lepas tu orang nak sumbangkan bantuan pun taknak terima. Payah weh! Pergi hidup dalam gua je lah kalau berperangai macam ni.

KERA!


SUMBANG!

Kadang-kadang kita segan nak mintak tolong dengan orang. Tambah pulak kalau orang tu kita kurang rapat kurang kenal. Memang seganlah. Takpelah kalau segan sangat kita cuba mintak tolong dengan orang paling rapat dengan kita. Mak ayah, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan rapat. Tapi kalau dah diorang pun tak boleh nak tolong, nak taknak kita kena jugak mintak tolong dengan orang yang kita tak berapa nak rapat tu.

Nak buat macam mana, sebab tu orang kata hidup ni jangan jadi Kera Sumbang. Belajar beramah mesra. Belajar berkawan. Kalau tak pandai nak mulakan perbualan, bila orang tu yang mulakan perbualan, kita layankan ajelah.

Aku sendiri risau jugak ni nanti bila dah kerja, mesti banyak benda yang aku tak tahu. Dah tentulah kena mintak tolong orang itu orang ini. Nak taknak kena ringankan mulut bertanya, tegur sana sini, biarlah rasa malu tu bukan lama pun sekejap je nanti bila dah rapat dengan orang ramai yang untungnya bukan orang lain kita sendiri jugak. Kan bagus tu? HAHA.

Aku rasa entri ni macam aku membebel sorang-sorang je merepek meraban. Haish sabor jelah!

** Tak jadi bayar RM100 untuk denda bawak portable stove yang aku cerita baru ni. Bayar RM20 je! Alhamdulillah. Pandai aku buat muka seposen. :-P

2 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

u were right, lone ranger la kunon . =p

azraftarmizi's blog said...

hahahaha....ak pon rasa ko mcm melalut terlebihh....haha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...