Friday, June 19, 2009

Baju


Baju Oh Baju. Seronok sangat masa beli-belah. Tengok baju itu, nak beli. Tengok baju ini, nak beli. Pantang. Nak pulak time duit banyak. Boros tak ingat.

Pantang dengar ada jualan murah. Mesti sambar sehelai dua. Yelah murah kan. Kalau time mahal, jangankan sehelai. Separuh pun tak dapat. (ada pulak orang jual baju separuh?). Jangankan baju, seluar, kain, dalam, luar habis semua nak beli. Pakainya entah bila. Ada yang lagi hebat beli untuk pakai sekali je. Nih da tahap kaya sangat. Alasannya tak selesa baju tu tak cantik bla bla bla. Huissshh kalau tak cantik kenapa beli. Jadikan pengajaran, lain kali nak beli baju biar sama padan dengan badan.

Sekarang bukan time nak membebel sebenarnya. Aku cuma nak cakap, baju ni kalau banyak sangat nanti jadi beban. Nak-nak time nak basuh. Huisshh bertimbun-timbun. Membukit-bukit. Mula la malas. Cari duit 50 sen 4 keping. Tujuan? Nak bagi kat kawan baik. Kawan baik aku ni memang baik. Suka tolong basuh baju untuk aku. Tapi syaratnya 4 keping 50 sen.

Mesin basuh la tu. Nih sekarang dah takde baju ni. Jap lagi ada meeting kul 9 malam. Baju mana nak pakai ni? Nak ambil balik baju yang selonggok tu? Cium-cium uisshhh masam!! Tak boleh tak boleh.

Siapa-siapa ada baju boleh bagi pinjam? Mahu!! Mahu!! Ataupun ada yang nak gantikan tempat kawan baik aku tuh basuh baju aku? Tanpa upah? Oh terima kasih! Terima kasih! Nanti datang bilik aku ambik semua baju nih. Jap nak kira. Sebakul, dua bakul, tiga bakul, hah ok! 4 kotak semuanya.

Ishh malasnya. Malasnya. Malasnya. Hai baju-baju busuk masam. Esok jelah aku basuh dikau-dikau ya. Jangan keluarkan aroma yang menusuk kalbu. Tak lena aku tidur. Kena cari 50 sen 4 keping cepat-cepat ni. Baru ada 2 keping. Mana lagi 2 keping?

p/s : Kalau ada isteri sekarang kan bagus. Huh? Isteri untuk basuh baju?




12 comments:

joegrimjow said...

jgn kuat

haruan tasek said...

ingat tugas basuh baju adalah tugas lelaki. bukan tugas isteri.

dila john said...

hek..

pastu isteri 2 pown,
rupenyer mls basuh baju..
ahahha...

xuen adyla said...

lolx
ngeri sapa je jd isteri ko

iyllienaz said...

4bakul tu cukup ke sekali round mesin basuh tu??mesti carik ag xtra 50sen

geeds said...

nk kotak extra x?
just in case you need more.
haha...

Park Chick said...

basuh baju mmg perkara yg plg leceh utk si bujang..hehe.nasib baik da kawin

izansalleh® said...

stuju ngan haruannnnnnnnn!

Kapten Luffy said...

suruh bini basuh

ZeRa OsHiN said...

har3...
busuk2....
kesian2...
bsabar la...huhu...

helmie affandi chew said...

oh bila baju byk cr bini..
kesian bini...

kojah said...

ishhhh!tugas bini basuh baju la?laki?dok relax je la...huh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...