Tuesday, June 16, 2009

Hati yang perlu dijaga


Pernah jadi orang tengah? Seronok? Kalau menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pergaduhan, dah pergaduhan itu dapat diselesaikan mestilah seronok bukan? Ok macam mana pula kalau menjadi orang tengah untuk mengelak pergaduhan dan peranan anda sebagai orang tengah ketika itu tidak berjaya? Seronok? Oh aku pernah melaluinya. Seronok? Bodohlah aku kalau seronok.

Sampaikan pada satu tahap, anda bagaikan dalam persimpangan. Yang mana persimpangan yang ada akan memaksa anda untuk memilih satu simpang sahaja. Sedangkan kedua-dua simpang pada saat dan ketika itu sangat penting bagi anda. Pedih dan perih nak memilih jadinya.

Juga boleh diumpamakan "ditelan mati mak, diluah mati bapak". Susah. Sakit jadinya. Sampai kadang rasa tak berbaloi membuak-buak dalam diri. Kadang rasa sakit menjadi-jadi dalam hati. Hidup memang begitu, banyak hati nak dijaga. Nak dimarah takut yang parah makin barah. Konon ambil keputusan bijak. Jaga hati orang, biar hati sendiri tak dipeduli orang.

Kena ingat. Diri tak selalu betul. Diri juga tak selalu baik. Ingat, dalam betul yang dirasa, masih tercalit salah yang tak nyata. Kenanglah sikit, dalam baik yang ada, masih tersembunyi sakit dan benci. Ingat, cara orang berbeza. Mungkin niat kita betul, tapi tengok pada gaya. Nak menari dangdut, janganlah dengar muzik country. Kenanglah. Tak banyak pun sikit, ada hati yang nak dijaga. Ada hati yang nak menjaga. Penat juga kalau asyik menjaga sampai sendiri tak terjaga.

Jangan lupa. Aku memang begini. Mungkin mudah memaafi. Tapi sampai sekarang kucari kenapa sukar untuk ku lupai.

Andai masa memudahkan segala. Biar angin mengering luka.

Senyum lagi. :)


Malam ni malam pertama di bilik baru.. (cuba senyum lagi)




8 comments:

SET 5 (9.00-13.00 - MONDAY AND TUESDAY) said...

salam..
woit..cena reban ayam ko??
setiap yg blaku pasti ada hikmahnye...
ujian utk diri sendiri dlm mbuka jalan kpd seseorang.( aku harap ko faham, coz aku sendiri tak faham)

dak baik said...

tOpex...
senyUm ye....
kO senyUm cOmey....
have a nice day....
mOga hari yg mendatang adalah hri yg ceria tUk kO...
jgn sEdih2 ye...

_panda_ said...

hu3
lek lek
tadi da ckp ok
tp nape camnie
hu3
lek eh
besela 2

k
senyum
senyum
senyum

cak
comelnye...

lokman@keme said...

keep it cool

geeds said...

pernah!
i once had gone through this stuff.
its between my friend and another friend.
well, it turns out that yg the another friends tuh pergi ckp bnde laen yg x benar kt our friends tuh.
n our friends yg gaduh dgn another friends blh percaya plak instead of percaya kteorg yg nk help her out.
seriously. kecewa x terkata.
sampai skrg x bertegur sapa.
it was really bad...

dila john said...

boleh dikatakan selalu jadi orang tengah,
orang yg dtg mengadu mslh,
byk macam aku buka kedai kaunseling...

tapi,
pertelingkahan yg berlaku antara mereka,
itu pengajaran buat kita,
ada baiknya kan??

xuen adyla said...

ia sesuatu yg mematangkan

senyumlah

aq pasti kau akan kelihatan comel

haruan tasek said...

biasa nya orang tengah tak boleh harap.... ibarat harapkan pagar..pagar makan padi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...