Sunday, June 7, 2009

Kau Jauh Nun Disana


Malam ahad. Rasa sekejap sangat. Esok dah Isnin. Aduhai malasnya nak jumpa Isnin. Kalau Isnin kena pergi kelas. Kalau Isnin kena buat pembentangan (hari esok ada pembentangan Ekonomi Malaysia). Kalau Isnin nak sampai ke Sabtu kena lalu Selasa, Rabu, khamis, Jumaat dulu. Uish banyaknya kena lalu kalau nak sampai Sabtu.

Kalau Sabtu boleh tidur. Haha. Kalau Sabtu tak perlu pergi kelas. Kalau Sabtu, lepak je. Haha. Kalau Sabtu, dekat dah dengan Ahad. Kalau Ahad pun boleh tidur. Kalau Ahad boleh rilek-rilek la kiranya. Hmm..

Ok cukup merepek sebagai pembuka majlis hari ini. Lihat tajuk. Heheh. Kau jauh nun disana. Siapa kau? Kau lah. Yang terasa. Kau lah. Jangan toleh-toleh, memang kau lah. Memang makin hari makin aku rasa, kau jauh nun disana. Memang makin lama makin aku sedar, kau jauh nun disana.

Kau belajar kategori cemerlang. Aku? Kau kata kategori aku sekadar tembelang. Kau belajar bijak-bijak. Apa yang aku belajar pula kau pijak-pijak. Kawan-kawan kau kaya-raya. Meh tengok, kawan-kawan aku pun kaya-raya. Tapi sayang kawan aku kayanya pada budi bahasa. Kawan kau? Oh kaya juga. Tapi pada harta dan benda.

Kau baik sebenarnya. Tapi baik kau selalu nak mengena. Kau kata bila kawan kena bagi dan terima. Kau dah besar, mesti tahu memberi lebih baik dari menerima. Tapi yelah, kau kan dah dewasa. Bila aku kata kekiri, nah nak juga kau ke kanan. Yelah, kau cemerlang manakan tunduk pada yang tembelang.

Aku naik motosikal je. Kau? Wah, lajunya naik kereta. Tumpang boleh? Oh boleh aje janji aku dengar dan patuh saja apa kau kata. Kalau angin kau bertentang dengan aku, mesti kau kata "rasa macam ada yang nak balik jalan kaki je". Kau ingat kau ketawa aku jadi suka? Makin luka makin duka. Bila aku masam mencuka, nah mulalah kat YM kau kata "muka kau macam babi emosi punya gaya".

Ahh kadang muak melayan jiwa.

jangan terhegeh-hegeh macam ketageh.




5 comments:

The Uppercase Q said...

ayo~~ ni msti peristiwa nk ke gabai ni..huhu...sabo2 beb...nnti kte pjak die plak...*hehe...sengih yg jahat*

T.O.P.E.X said...

haha kali ni tekaan abg Q jauh meleset.
takde kaitan ngan trip ke gabai.
wuhuuu~

Dilah - DilOt said...

ari isnin...arini dah isnin..mmg ramai xsuke ari isnin..huhu...

echa said...

owhh...aq terase..aq terase..
jap2..
aq xde kete...ko ckp sape ni topeq??
jgn la perli aq xde kete..hahahaha;P

miss izan said...

siapakahhhhhhhhhhh...

-->nak kene babab die ni sbb wat topex marah2..
siap la kamu!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...