Wednesday, July 22, 2009

Selipar Itu


Teringat lagi. Kau beli sepasang selipar. Warna merah hitam. Cantik. Aku jeles. Yelah warna kegemaran aku kan ;)

Kau tayang-tayang kat aku. Aku cakap "macam la cantik selipar kau, buruk nak mampus macam selipar tandas aku je". Kau jawab "mestilah lawa, lawa la dari selipar kau yang buruk tu". Siyesly, lu bikin gua panas bro. Konon. Haha.

Tapi tak lama. Sehari atau dua hari lepas pada tu, aku tak nampak-nampak selipar kau. Jangankan selipar, Moto LC kau 'yang laju' tuh pun aku tak nampak. Kemana kau menghilang?

Aku ingat lagi lepas kejadian kau tayang-tayang selipar kau kat aku, setiap kali aku lalu depan bilik kau mesti aku cakap "menyemak la selipar merah hitam ni, ganggu aku nak lalu je!!". Dan setiap kali tu jugak la kau bising-bising marah aku balik dari dalam bilik kau. Haha. *teringat jap*

Siang, Selipar kau takde. Tengahari, Selipar kau takde gak. Petang, pun takde. Malam, pun takde jugak? Aku selalu balik lewat dalam pukul 1 or 2 pagi, selipar kau memang takde.

Macam-macam andaian aku buat.
  • Agaknya kau tidur kolej lain.
  • Selipar kau dah kena curi *padan muka kau*
  • Kau pindah ke UPM *sebab awek kau baru masuk UPM, haha*
  • Dan lain-lain.
Agak berhari-hari lepas tu. Makin pelik. Setiap kali aku balik kolej. Jangankan batang hidung selipar kau, batang hidung kau sendiri aku tak nampak. Kau nih memang betul-betul dah pindah U ke?

Aku tanya budak-budak lain. Mereka pun tak nampak kau. Kat kolej dah sah-sah tak nampak. Kat fakulti pun tak nampak. Haish biar betul budak ni. Kemana agaknya?

Beberapa hari kemudian *teringat ayat ni bila buat esei kat sekolah dulu-dulu* dapat panggilan dari nombor yang memang aku tak kenal. Suspen jer.

Rupanya nombor mak kau. Terkejut bila kau kata kau eksiden. Sedih je sebab kitorang tak tahu. Sorie bro. Huhu. Kau cakap luka kau teruk kan? Makan bersuap eh? Heee ada la hikmahnya tu. Boleh merasa suapan mak lagi ;)

****************

Tadi aku keluar gi isi minyak. Tragiknya....

Nampak selipar merah hitam.

Ya!

Itu selipar kau.

Sebelah putus. Sebelah elok.

Kat tepi jalan....

p/s : Sibuk je selipar ni kat jalan raya, menyemakkan jalan raya je ;) *gurau je bro*. Cepat-cepat sembuh ok.

11 comments:

joegrimjow said...

ex gf kat upm...
huhuk

miss izan said...

semoga cepat sembuh sal...

Fadhlah said...

amik tak seliper tu...?

geeds said...

err...
ngeri...
0.o

LuVidA^^ said...

selipar..ape2??
siape?
em...

lokman@keme said...

patutla aku xnampak lg sal stakat nih..
ish2
sal you'll never walk alone!!!yaaa
*same2 liverpool*

atEe said...

semoge sembuh cepat sal..(ayat tebalik izan)
amin

T.O.P.E.X said...

jangan salahkan aku. ejaannye memang selipar. bkn seliper. sliper.slipper dan sbgainya ok :P

shakinah said...

curiklaa.
ape lagi.
haha

geeds said...
This comment has been removed by the author.
aleena said...

cam touching ja n3 nie..huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...