Monday, December 28, 2009

Milik kawan baik saya.


Kita ni kan. Eh jap bagi salam dulu. Assalamualaikum. Sihat semua? Bagus2..

Ok sambung. Kita ni kan. Dalam hidup ni kan. Kadang ada sampai satu tahap kita rasa orang tu la kawan terbaik yang pernah kita ada. Sampai kita rasa kita nak kawan baik kita tu ada dengan kita selalu. Waktu susah dan senang. Tapi selalu waktu susah je la. Ehem2!! Kita nak kongsi segala macam perkara dengan kawan baik kita tu. Kita nak cerita habis luar dalam pasal yang kita tahu. Ye la kawan baik kan.

Tapi kita lupa kadang kawan baik kita tu anggap kita ni kawan biasa je. Matilah A anggap B kawan baik. B anggap A kawan masa baik SAHAJA. Ya SAHAJA. SAHAJA. Nak kena ulang lagi? Ok SAHAJA. SAHAJA.

Ok tu situasi macam tu. Ada lagi satu situasi A anggap B kawan baik. B anggap A kawan terlebih baik pulak. Haish masalah jugak. Sampaikan A kongsi segala macam perkara kat B. Tak kiralah duit ke usaha ke kelebihan ke. SEMUAlah! SEMUA dia nak kongsi. B pun sama. Kongsi segala macam jadah yang ada. Tapi yang lainnya cuma , A tak paham ruang antara kawan baik. Bukan semua benda nak kena bukak. Nak kena dedah. Nak kena bagi. Nak kena kongsi. Ada tahap dia. Ada stage. Ada level macam main game.

Ibarat A cakap "Semua segala macam perkara yang ada pada aku, SEMUA juga milik B". Sedangkan B cakap "Semua segala macam perkara tentang diri aku, HAMPIR semua juga milik B". Yeah itu dia!

Dalam situasi ni. Aku rasa B lagi betul. Sebab dalam hidup ni. Segala macam perkara yang kita ada. Dalam merentas dunia, segala macam rahsia jugak kita kumpul. Duri-duri yang dipijak bukan untuk rasa sakit yang bersama. Kaki kiri pijak. Kaki kanan rasa tak? Pipi kiri kena lempang. Pipi kanan sakit tak? Korek lubang hidung kiri, hasilnya apa? Tahi hidung dari lubang hidung belah kiri kan? Bukan tahi hidung dari lubang hidung belah kanan kan?

Ya perlu tahu! Perlu tahu bukan semua benda dan macam perkara perlu kita bocorkan. Kena tahu kena paham segala macam perkara tu bukan kita nak tipu. Cuma kita nak pendam. Kalau kita dah cakap tak perlu tahu. Tak payah la nak korek situ sini sana sebab celah-celah mana pun tetap nak tahu. Nanti jadi lain. Jadi marah jadi sakit. Jadi bisa jadi luka. SAKIT. Simpan banyak-banyak lama-lama kena lanyak. Haish PENAT.. PENAT..

Jangan rasa kita je yang terlebih korban sedang kita tak paham maksud pengorbanan. Jangan berkorban kalau tak tahu erti keikhlasan. Ungkit sana ungkit sini nak buat apa. Kan?

Ingat la. Mungkin ada pengorbanan kawan yang kita tak nampak. Ada kawan aku cakap kat aku. "Aku teman dia beli baju. Sebab tak tahan kena maki hamun segala. Penat nak layan emosi serabai macam apa. Pekak telinga kena arah macam orang suruhan. Sebab dia kata aku salah. Dia kata aku tak fikir pasal dia. So aku teman jugak. Yelah baju tu dia na pakai masa raya. Terima kasih ada tak? Takde. Yang ada status TD (tarik diri) kursus aku sampai dua. Ya DUA!.." Apalah kawan aku ni cakap. Emosi lebih ah dia ni. Satu haram pun aku tak faham.

Ya. Mari kita belajar bahasa melayu. Mari dengar sesi luahan hati dalam bahasa malaysia. Biar kita faham erti kiasan. Biar kita faham erti kawan.. Ya. Milik kawan baik saya. ;)

Nota kwbaek saya : Suka. Minat. Sayang. Kasih. Cinta. Cuba bukak kamus dewan bahasa. ;)
Nota saya : Tak pernah ada post semerepek ini..


4 comments:

miss izan said...

argh,pening nak paham. jap lagi aku dtg balik baca kasi paham. A? B????

aleena said...

haha cam kelaka pon ade coz bile bace part ats faham je..

in middle till d end da tak faham da n3 nie..huhu

cik uya said...

ape la adik akak sorang ni..

tengku ahmad said...

cba memahami tp xleh...huhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...