Tuesday, January 12, 2010

Bila kau mengigau.


Offoh! Nak tidur dah sebenarnya. Tapi kau paksa aku update blog lah! Haha.

Bila kau mengigau (kau selalu mengigau ok!). Kau akan cakap masa tengah tidur. Kadang-kadang aku takut sangat kalau kau tengah tidur then kau cakap "jangan duduk bawah katil". Kalau kau cakap macam ni.  Aku nak maki je. Tapi harap kau tengah tidur. Sah aku tarik selimut, selubung, pejam mata rapat-rapat. Ini pernah jadi. Nak kencing pun terbantut. Simpan je. Kencing esok pagi.

Kadang-kadang kau cakap banyak. Tapi aku tak paham. Apa benda kau merepek. Kalah blog merepeksematamata aku ni. Kau cakap Siam kah? Kau cakap Tamil? German dah tentu bukan. Kadang ada bunyi Thailand sikit. Bila kau cakap merepek macam ni. Aku tak takut. Aku gelak sorang-sorang. Kalau bosan aku cakap "ohhhh...". Tak pun aku balas "betul la tu". Haha.

Tapi tadi kau cakap.. Kau cakap... Haha! Hmmm perlu ke aku tulis dalam ni?... Takyah la. Haha adoi la adoi! Aku nak tidur ni. Kau buat pengakuan pulak masa tidur. Haish sabar je la roomate aku ni. Selamat malam roomate. Tidur yang indah. Haha. Ops.

Nota Ngigau : Jangan jalan dalam tidur datang peluk aku! Nanti kena sepak! Nak?
Nota Mimpi : Lain kali nak tidur mandi wajib dulu basuh kaki dulu!
Nota Tidur : Esok bangun baca entri ni jangan sepak aku ye! ;)


2 comments:

nadiyaya said...

haha.alan buat pengakuan ape pulak.HAHA

izandaughtersalleh said...

hahaha...
alan tdo ngigau ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...