Thursday, July 29, 2010

Body Shop (Kedai Badan).


Body Shop atau dalam terjemahan seketul-ketulnya adalah Kedai Badan adalah kedai yang menjual segala macam bahan jagaan badan. Dari hujung rambut, hujung bulu hidung, badan, pusat, kangkang sehinggalah hujung kaki. Macam-macam ada. Pergilah usha. Dia tak jual badan. Dia jual barang badan je kot. Haha.

Hati-hati sikit kalau meng-usha barang-barang kat sana. Jangan sampai kena usha balik. Haha. Benda ni pernah jadi. Meh aku cerita.

Hari tu, dekat Metro Kajang. Mall terbaik abad ini. Ok tipu! Mall yang ntah apa-apa dan tak ada apa sangat. Haha. Tapi situlah jugak tempat aku buang masa cari barang kalau dah tak ada kerja. Masa tu ada promosi barangan Body Shop.

Masa tu ada promosi Shower Gel yang Normal Price RM25. Tapi sebab promosi hari tu harga dia RM19.90 saja. So aku pun nak belilah satu. Best gak bau Shower Gel Passion Fruit tu. Try-lah beli nanti. Heh.

Sebelum beli Shower Gel Passion Fruit tu, aku try la bau Shower Gel yang itu yang ini yang itu ini itu ini itu ini last-last ambik Shower Gel Passion Fruit gak. Bahaha! Perempuan yang jaga tu melayan pulak tu. Haish! Nak ngorat je rasa! :P

Tak sempat aku nak ngorat dia, dia dah ngorat dah. Chewah poyo je kan? Haha. Tapi aku ada bukti, bukan cakap kosong. Hahaha. Ni hah bukti dia!



Nampak tak? Itu beg kertas Body Shop. Kat atas tu ada nombor phone budak perempuan tu! Haha. Masa ambik beg kertas dari dia aku tak perasan pun. Bila dah sampai bilik baru aku nampak nombor phone tu. Serius aku gelak kaw-kaw dengan kawan aku bila perasan nombor tu. Haish! Kelakar lah! Nak call tak eh? :P

Nota Badan: Ada lagi style mengorat macam ni eh? Aku ingat dalam iklan je.. Hahah!

9 comments:

Ery Farieha said...

amboi kau
layan body shop ek
aku layan watson je
hahahah

wahh
awek tu cun x? :P

Privacy_Resident said...
This comment has been removed by the author.
Privacy_Resident said...

Hahaha. Sekali sekala. Wangi plak Fruit Passion tu. Aku suka bau2 'buah' ni. Hahaha

Awek tu cun gak kot. Kot? Hahaha

lokman.keme said...

ajak awek tu naik gunung pex

nn said...

aaaaaaaaa. sweet gila. call la call la. nanti dah kawen dah dapat anak boleh cerita love story mummy daddy bermula di body shop.

*tiba jah :DDDDDDDDDDDDDDD*

Rara Nasiha said...

layan jela kalau cun. hehe :)

senandung semalam said...

aku xlayan sgt body shop tp ok gak r..
;)

nanad said...

kol la..kesian beliau tertunggu tunggu.. ;)

@ku d! sin!e said...

cube lah kol..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...