Tuesday, October 26, 2010

Exam dan Interview


Exam Final (Peperiksaan Akhir Semester) aku mula 28 haribulan ni. Hari Khamis. Orang lain dah mula exam semalam dan hari ini. Aku senang lenang sekejap. Konon.

Alhamdulillah jadual exam aku pun tak beban sangat macam sesetengah kawan aku. Ada yang exam berturut-turut. Hari ini ada paper, esok ada paper lagi. Lagi dan lagi. Ada yang 2 paper satu hari! Oh pedih otak.

Apapun tak boleh nak senang lenang sangat. Exam kena pulun. Final year ni. InsyaAllah ;)

*************************************************

Esok ada interview dengan syarikat mana ntah untuk praktikal. Cuak. Macam mana boleh tak tahu syarikat apa? Sebab aku apply banyak sangat syarikat untuk praktikal ni. So tadi dia call aku macam tak dapat tangkap sangat nama syarikat yang dia sebut. Aku ya ya kan je.

Interview pulak dekat kolej dalam UKM. Lagi bertambah ketidaktahuan aku pasal syarikat apa aku nak pergi interview esok.

Nak pakai baju apa ni? Adeh. Nak cakap apa? Adeh. Serius seriau. Haha. Ini baru interview untuk praktikal. Nanti interview kerja macam mana? Haish.

Nota Exam dan Interview : Doakan aku lulus cemerlang untuk Exam & Interview yaw! Thanks! ;)

Nota Cliche : Aku mohon maaf pada semua yang mengenal diri ini. Jangan doakan keburukan aku sebaliknya doakan kejayaan aku menempuh peperiksaan. InsyaAllah dengan doa korang, harapnya aku ok ok sahaja. Maaf ok! Halal segala. Muah! Heh~

8 comments:

Homemade Pizza JB said...

gud luck semuanya!

Taufik Jusoh said...

@maya.sumaiyah
Thanks! :)

sHarpEx said...

topek. aku dari dulu lagi memang tak puas hati dengan kau. sejak kau bela rambut JB la! aku cukup menyampah! nasib baik kau da potong rambut. lega aku.

ok. dah luahkan perasaan. lega aku. lalalalala~

aku doakan ko berjaya untuk exam.

tips utk interview. kalau dia ada tanya pasal elaun, kau ckp jek, mesti bagi atleast rm500. ko ckp kt dia itu jumlah min elaun UKM student ok?

ini adalah komen aku yg terpanjang sepanjang hidup aku.

sekali lagi. gudluck utk paper n interview kau. moga dpt tmpt praktikal yg elaun tinggi!

Taufik Jusoh said...

@[ sHarpEx ]
Ok terkesima dengan komen kau. Panjang dan jujur! HAHAHA. Siot sikit.

Ok pasal tips ko ni macam berguna je. Aku ingat nak cakap gak ah min 500 elaun tu! HAHAHAH

Goodluck untuk paper ko esok! Thanks!!!! :)

mien said...

yeahhh da tau. haha

gudluck weh. exam n interview tuh :)

Taufik Jusoh said...

@mien
Thanks Mien! :P

bedah said...

tahniah2 da byk tempat li ko dpt kan. so bole la pilih da best elaun kan?

selamat berjaya ye untuk final sem ni. dekan bro! :)

Unknown said...

gud luck k.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...