Friday, October 29, 2010

Manusia Taknak Kalah (MTK)


Perasan tak dalam kehidupan ni akan ada manusia-manusia yang kita boleh kategorikan sebagai "Manusia Taknak Kalah". Kita ringkaskan je mereka ini sebagai MTK.

Entri kali ini aku nak cerita pasal MTK ni sikit. Entri akan datang kalau ada lagi apa-apa pasal MTK aku post lagi.

Ciri MTK yang biasa aku jumpa ialah bila kita kongsi, cerita, bagitahu atau apa saja pasal benda-benda baru, mesti dia akan cakap "Eleh, aku dah tahu lah" ataupun "Dah lapuk lah benda ni". Benar. Ada SESETENGAH benda tu, dia memang sangat paling sungguh tahu. Sesetengah bermaksud bukan semua dan itulah masalahnya. Bila dia tak berapa nak tahu pun pasal sesuatu benda tu, tapi dia TETAP nak cakap dia dah tahu dan nak cakap benda tu dah lapuk. Masalah bukan?

Kadang-kadang memang menyirap dengan orang yang macam ini. Nak sepak nanti, kawan. Nak terajang nanti, berlawan. Haish.

Pernah benda macam ni jadi kat aku dan aku hanya jawab "Ya. Memang kau penyampai cerita cepat dari berita pun. Kan kan?" Dia diam pulak bila tanya macam tu.

Nota MTK: Penat layan orang macam ni. Macam berkawan dengan orang dari masa depan pulak rasanya.

3 comments:

cikWawa ORKID said...

MTK..haha

nadey said...

mtk- sume bende lah ko tau!!!!!!! xde mende ko xtau kan!!!! ckp gtu!

Asrol said...

Tak pon, ko cakap.. "Aku tau, ko ni kaki sebok.. Sebab tu sume ko tau.." wakakaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...