Friday, October 29, 2010

Mayat kanak-kanak perempuan dalam beg - Jalan Ukay Perdana, Ampang.


Semakin hari negara kita semakin membangun. Penerokaan sana sini. Ekonomi berkembang pesat. Berusaha itu ini begitu begini tarik pelaburan situ sana sini. Naik bangunan itu, cantikkan bangunan ini. Tarik pelancong. Pergh!

Dengan itu dapat kita lihat betapa rakyat Malaysia semakin tahu pelbagai benda. Tak kurang mula menerapkan pelbagai budaya dalam kehidupan dan dalam pembunuhan.

Bukti penerapan budaya terbaru berlaku semalam (28 Oktober 2010, Khamis) di Jalan Ukay Perdana, Ampang.

Kekejaman jenayah di Malaysia sekarang mula menandingi kekejaman jenayah luar negara. Satu penerapan budaya yang cukup praktikal apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 - 15 tahun dibunuh KEJAM.Mayatnya ditemui dalam beg di Jalan Ukay Perdana, Ampang. 4 petang semalam.

Astaghfirullah. Innalillah. Semoga roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmat Allah. Al-Fatihah. Takziah buat keluarga mangsa.

Gambar dan berita lanjut disini dan sini.

Nota pembangunan : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, agama samar-samar.

1 comment:

diba said...

smoga roh budak tu dicucuri rahmat...cian lah dye...ini kes yg dpat dikesan..yg xdpt kesan ntah kite xtau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...