Saturday, October 30, 2010

Rina Salleh aka Azrina - Juara Gadis Melayu 3


Macamlah aku layan pasal Gadis Melayu ni pun. Tetiba tengok tadi kat facebook kat blog kat situ sini sibuk cakap pasal Gadis Melayu 3 dah. Oh ok maksudnya apa? Dah musim ke tiga ye? HAHA.


So jari ni pun bermaksiat dengan keyboard laptop berselingkuh dengan Google. Cari cari. Oh boleh tahan cun budak ni. Haha. Nah tengok dia. Cun ke tak cun? Melayu ke tak melayu? HAHA.




Kita nak mimpi awak malam ni boleh? *blushing!

Serba sedikit mengenai Rina Salleh:


  1. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia.
  2. Pernah memegang jawatan sebagai Event Executive dan Juru Ukur Bahan di salah sebuah firma swasta di Ibu Kota.
  3. Pemilik rinasalleh.com (Jual Busana Muslimah)
  4. Turut mengendalikan Rina Salleh Training and Coaching Series (Pembangunan Wanita | Empowering Women)
  5. Blogger! Yeah! ;)

TAHNIAH  buat Rina! Banyak hadiah dia bawak balik ni. Antara hadiah dia adalah (Oih macam rancangan apa dah aku nih!):

  1. Wang Tunai RM 30,000!
  2. Set Mutiara Refflesia berjumlah RM 120, 000!
  3. Barangan SINGER bernilai RM 10,000!
  4. Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal!
  5. Jambangan Bunga sumbangan Creative Gifts!

Huyoh! Tadi google lagi baru tahu Gadis Melayu 2 pelajar UKM kan kan kan? Hoyeah UKM menang! Ok dah lapuk tapi takpa still menang. Oh pernah menang sebenarnya! HAHA. Fiqa atau nama penuh dia Siti Nurshafiqa.

Oh oh oh. TAHNIAH! TAHNIAH! Kalau ada rupa, sopan santun comel lotey kiut miut petah cakap pom pam pom pam tahu isu semasa boleh menang punyalah! Tengoklah dia punya cabaran pun pasal isu semasa kot?

  1. Bencana Banjir di Pakistan.
  2. Gaza.
  3. Pembuangan Bayi.

Sekian melaporkan. TAHNIAH lagi Rina Salleh! JUARA GADIS MELAYU 3! ;)

Gua rujuk sini.

Nota Teruna Melayu : Bila aku nak dinobat sebagai Juara Teruna Melayu?! Eh ada ke rancangan tu?! HAHA

6 comments:

CallMe-NW said...

siriyes ke ko x tau yg fika tu dak ukm?..dak fst lak tu..jiran fak ko je

Taufik Jusoh said...

@cikWawa ORKID
Tak tahu sangat. Sangat tak tahu. Wuwu sian aku kan?

drsshk said...

wah baru jumpa cara nak komen kat blog ko ni! hahaha

Taufik Jusoh said...

@© bLurr
ok bila dah tau kena komen selalu eh. hahahaa

Rina Salleh said...

terima kasih ya :)

Atin said...

cik fiqa tu budak mikrobiologi kat ukm..junior saya tuh..xkan xtau..
da masuk tv kan, sape yg xknal..ye dok?hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...