Thursday, November 11, 2010

AWAS serangan tonyoh-tonyoh!


Hati-hati kepada semua. Terutama pembaca blog ini. Aku sayang korang so aku kongsi berita ini. Satu wabak penyakit apa entah aku pun tak berapa pasti telah merebak di Malaysia. Lepas ni, bila korang dah tau pasal wabak ni, korang kongsikan dengan emak ayah adik beradik saudara mara sepupu sepapat orang kampung semua ok!

Wabak ini dikesan bermula dari Downtown, Pasar-pasar, kedai-kedai dan seangkatan dengannya. Serangan ini akan berlaku apabila korang sibuk meronda-rondi melayan barang-barang yang dijual. Akan datang kepada korang serangan ini! Ya! HATI-HATI!

Pembawa serangan ini akan bermula apabila seorang makcik, pakcik, adik, abang, akak mahupun nenek datang kepada anda membawa sekeping flyers bersama sejenis bahan kosmetik bernama Dempo Snow. Itulah pembawa penyakit ini!

Bila lalu je depan kedai diorang, diorang akan calit korang dengan menatang Dempo Snow tu! Bila korang melayan, habislah. Diorang akan tonyoh-tonyoh sikit sambil cakap "Bagus dik Dempo Snow ni, adik tonyoh-tonyoh macam ni..." sambil tarik korang kedalam kedai mereka. Bila korang melayan lagi, habislah daripada tonyoh-tonyoh sikit, terus habis satu muka kena tonyoh! Matilah korang!

Senjata penyerang Tonyoh-tonyoh!

Dempo Snow merupakan sejenis produk kecantikan yang teknik menggunakannya adalah dengan menonyoh-nonyoh muka korang dengan menatang Dempo Snow tu untuk hilangkan daki, hitam-hitam, busuk-busuk, najis-najis yang tidak dikehendaki. Ok sebenarnya bukan untuk muka sahaja, untuk ketiak, perut, hidong, pusat dan sebagainya pun boleh!

Jaga-jaga serangan tonyoh-tonyoh ini. Tagline mereka adalah "SEKALI TONYOH, MERANA SELAMANYA!!!"

Nota Dempo Snow: Kalau takut ditonyoh-tonyoh, jangan lalu di depan kedai Dempo Snow!

6 comments:

.cik anna. said...

encik topek.da lama da serangan nie merebak.5 taun lepas rasanya.huhu

Wan Gerrard said...

tula ada dulu kena benda camni..kurang ajar betul.huhuhu kalau ye pun cakap la elok2 dulu~

Hakim Az said...

adoi susah tol nk komen.huhuhu
jom pakat tonyoh-tonyoh dgn dempo snow.hahaha

diba said...

dh kene tonyoh2 ni..kat tgan...haa

nn said...

bau je dempo snow ni terus ikut jalan jauh! haha

Anonymous said...

Yg saya tahu, mereka akan tarik kamu mcm kamu ini mencuri untuk tahu tempat tentang dempo snow !!

*ada kwn saya jadi mangsa mereka dan mereka masih hidup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...