Monday, November 8, 2010

Lesen L, Lesen P.


Masa kecik-kecik dulu, aku ada satu perangai. Perangai nak menang je. Tak kisah lah dalam apa kes sekalipun janji nak menang. Dalam permainan ke. Dalam berdebat ke. Hah hebat tak hebat lah kan kecik-kecik dah berdebat. Biasa masa kecik dulu topik yang biasa kami debatkan adalah kisah Doraemon dan kawan-kawan. Macam biasalah bab-bab Doraemon ni aku mesti menang.


Bila dah besar ni perangai nak menang tu bagus. Janji jangan sampai jadi macam MTK la. Baca sini. Masa kecik tu kira lain la. Sunat pun belum. Inikan pulak akil baligh. Jauh panggang dari api. HAHA.



Masa kecik-kecik dulu kalau menang rasa bangga gila. Eleh masa besar sekarang pun kalau menang tetap rasa bangga kan? Tapi itulah, bangga tu tak baik. Macam mana lah agaknya taknak bangga? HAHA. Tambahan pulak masa kecik dulu selalu buat pertandingan kononnya. Siapa menang akan dapat piala. Piala mahal kot. Buat guna sabut kelapa gabung dengan tin kosong. Haaa itulah dia walaupun nampak hodoh & bangang je tapi kalau dapat dulu masak kecik-kecik walaweh rasa nak panjat pokok kelapa jerit LIHATLAH DUNIA AKU MENANG PIALA SABUT KELAPA!



Teringat lagi pernah sekali masa kecik-kecik dulu kala, duduk lepak-lepak dengan kengkawan sambil main lompat katak (gangster tak gangster main lompat katak?). Sambil tunggu giliran nak melompat katak tu, terkeluar satu topik dari Wan budak kecik tapi besar (Gemuk). Topik dia berbunyi "Kenapa motosikal abang kau tampal L, motosikal kakak kau tampal P?"




Macam-macam idea keluar dari kawan-kawan. Aku diam je. Konon tak ambil pusing padahal tengah fikir nak jawab apalah agaknya? Maklumlah nak bagi jawapan terbaik ni sebab nak menang kan? Itu kan perangai aku masa kecik-kecik dulu.



Lepas semua dah berdebat pasal L & P, diorang macam tak puas hati sebab tak ada jawapan yang kukuh pun. Semua duk menanti jawapan aku barangkali.



Aku pun dengan yakin jawab "Apalah korang ni, abang aku tampal L sebab dia LELAKI, kakak aku tampal P sebab dia PEREMPUAN. Itu pun tak tau ke?"



Semua terpegun. Serentak berkata "A'ah la tak perasan pulak.."



Dan aku menang lagi debat kali ini.



Nota L & P : Janji menang. Haish bebudak..

7 comments:

man said...

ak lesen da full..
hahaha..

nn said...

mak aih. merepek tak agak2. hahahhaa

eyk@_zuL said...

haha..lawak ah!budak2..kna kencing pun caya je..haha~

angahpikah said...

Aku pernah terpedaya jugak... huahuahua

Jey Yusuff said...

yg penting menang

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..aku pun dulu mase bebudak suke kenakan kawan aku dgn jawapan tu..pastu kawan aku tanye abis tu kalau lelaki tampal P kat moto die ape pulak??aku jawab sebab orang tu PONDAN..aci tak??hahaha..

♥CIK SHA♥ said...

eh..tertinggal lagi satu..kalau pompuan tampal L pulak jawapan aku sebab pompuan tu LESBIAN..kui3..

terer tak aku??mase tu aku bebudak skolah menengah..sian kawan2 aku kena tipu dengan aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...