Sunday, November 14, 2010

Macam bagus ke macam bangang?


Bila kita memandu kereta atau menunggang motosikal di jalan raya, mesti ada paling kurang pun sorang manusia yang bawak moto gaya mat rempit tak bertauliah. Serius kan?


Cara bawak dia macam mana? 



Prenggg! Prengg! (Barangkali bunyi moto RXZ kot?). Cilok-cilok sana sini dengan buat liuk lentok badan. Muka nak bangga sampai kita boleh teka dalam hati dia mesti cakap "Pergh! Semua pun pandang aku, mesti stylo cara aku bawak moto!"



Lepas tu conget sana conget sini. Muka masih. Bangga.



Hmmmmmm. Diorang ni tak tahu ke dalam hati aku & orang lain cakap apa? Kami cakap "Macam bangang kau bawak moto bangang!"



Belum lagi campur tambah orang yang maki hamun "Mati taknak budak ni!" atau "Ada jugak eksiden budak ni nanti!" etc.



Bayangkan berapa orang yang ada masa jalan raya sesak & masa kau bawak moto macam tu? Bayangkan berapa orang yang tak senang dengan cara kau bawak moto? Cuba kira agak-agak berapa orang akan cakap macam apa yang aku tulis kat atas tu? Kalau tak sama pun ayat mereka, mungkin membawa makna yang sama atau lebih buruk sebenarnya.

Tahu tak mereka ini lebih stylo dari korang?
Sumber gambar : halyconstudio

So, boleh fikir tak? Haish.


Nota macam bagus: Aku tahu bukan semua orang jahat macam aku dan akan cakap macam tu. Tapi agak-agak ada tak yang akan fikir macam tu? Huhu. Mesti ada. Serius.

2 comments:

Cik Shazie said...

adoi, tiba2 aku rasa macam nak terasa jeee ngn entri ko neh..td ak rempit2 g tessco..haha =D

Paan Ovrtd said...

Ntah. Kadang2 aku rasa aku yang bawak kereta / motor dengan celaka. Haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...