Monday, November 22, 2010

Pengalaman pertama kali masuk air.


Pengalaman pertama kali? Kau jangan macam-macam. Ni pengalaman pertama kali yang suci murni.


Pertama kali masuk air ni maksud aku yang cucuk-cucuk masuk air dalam badan tu. Haritu aku sakit bukan kepalang. Muntah-muntah ciri-birit pening lalat semua lengkap aku dapat. Makan apa ke benda ntah.

Dah kau pehal gelak-gelak?


Mula-mula nak tahan je sebab ingat lepas tidur-tidur ingatkan boleh sihat hensem sedia kala. Sekali haram tak sihat. Makin teruk ada lah. Nak tidur pun susah. 10 minit tidur tetiba terbangun berak. Berak dalam jamban ya bukan dalam seluar. Muntah habis keluar semua makanan sampai kosong langsung perut ni. Sampai rasa nak muntah keluar tahi pun ada. Haish.

Macam-macam gaya dah cuba. Langsung tak membantu!



Esoknya pepagi pergi Pusat Kesihatan UKM. Doktor kata nak masukkan air dalam badan. Apa motif eh masuk air dalam badan? Serabut aku. Aku kata taknak. Tapi sebab masa tu ada pelatih dari HUKM cun melecun so aku on je. Dia yang masukkan air dalam badan aku. Wops! Pertama kali pun pertama kali lah! Oh oh~



Bila dah start masuk air tu aku tengok air tu menitik perlahan gila. Serabut bukan kepalang lah dengan wayar berselirat semua kat lengan aku.



10 minit lepas tu air macam tak gerak langsung! Suku je kot baru habis. Gila ke apa aku yang tengah sakit masa tu perasaan tak menentu semua nak tunggu air tu pulak? Haish!



Aku pun cabut menatang cucuk-cucuk kat lengan aku tu & cabut lari. Terus start moto pergi 7E beli Pil Chi Kit Teck Aun. Makan ubat tu terus sihat hensem sediakala. Kan senang cerita? Tak payah nak cucuk-cucuk lengan aku nak masuk air.

Nenek tumpang ya, nak pergi 7E jugak.



Nota pertama kali: Agak-agak nanti aku pergi Pusat Kesihatan tu lagi kena marah tak haa?

11 comments:

twinkle twinkle said...

ahha,,main cbut mcm tuh je

© bLurr said...

HAHAHA! tak bleh blah main lari camtu je, :P

HonEyBuNNy said...

xpernah msk air lg..hahha

zey said...

xpela, dah sehat sedia kala,
berbaloi la lari.. =)

Asrol Mania said...

hahaha.. aku nih da bape kali masuk air da.. x jugak pandai berenang.. wakakaka


Jom kita buat logo tangan untuk bantu kanak-kanak. Stop Child Abuse

diba said...

aha..mkan pil jd shat ensem..amboi~

darkbatman said...

ahahaa.. sbr jela.. penakut jugak rupenye yer.hehe

cahayabintang said...

gile selamba aci cabut lari..hahha

nadey said...

eleh ko xyah tipu la akak tau ko terberak kt kain pelikat!

Anonymous said...

Mate. Blog ini adalah luar biasa. Bagaimana saya membuat tampilan ini bagus?

Anonymous said...

Sangat barang bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...