Tuesday, December 14, 2010

Berkias.


Kadang kala tak faham dengan kawan-kawan aku yang tak faham bahasa. Bila aku berkias pasal dia dalam entri aku dalam blog ni, cepat je dia terasa. Bila kita berkias depan-depan dia susah sangat dia nak tangkap.


Tapi bila aku buat entri berkias-kias dalam blog ni, dia marah. Cakap aku ni tak berani nak cakap depan dia. Pelik. Padahal kita dah puas cakap depan dia tapi dia yang tak faham-faham. Haish mereng sebelah kepala camni!

Mungkinlah bila aku tulis dalam blog ni, entri tu lebih terkena batang hidung dia sebab penggunaan bahasa yang lebih tersusun & teratur. Sebab bila taip, kita boleh fikir dulu nak taip apa, lepas taip kita rasa tak sedap kita boleh padam lagi. Tapi bila bercakap kita akan cakap apa yang terlintas masa tu je. Bila nak cakap balik dah payah dah. Kadang-kadang maksud pun dah jadi lain. Kalau kat sini berkait tak dengan "Terlajak perahu boleh diundur (perahu siapa ada gear reverse ni woi?!), terlajak kata buruk padahnya?" Kira ada lah kaitannya tak banyak pun seposen kan?

Lagipun mungkin bila dia baca, dia boleh fikir lama sikit. Sebab dia boleh baca ulang-ulang lepastu buat ulangkaji rujuk sana sikit sini sikit kat wikipedia kat kamus dewan tak reti bahasa dan pustaka kat google translate kat macam-macam lagi lah! Sebab tu lah dia lebih senang paham kalau kita berkias dalam entri je kot? -_-"

Tapi itulah. Bila kita cakap depan-depan, dia tak faham. Bila kita berkias dalam blog, dia marah sebab kita tak bagitau dia depan-depan? Dah macam mana?

Mungkin bila cakap depan-depan dia tak boleh berkias kot? Kena cakap straight to the point je. Kalau dalam entri boleh berkias-kias. Oh payahnya lah haiii...

# Gua sanggup duk sorang diri dari pergi nak suka-suka tapi bila tengok lu buat muka cam bahlol gua jadi sakit hati. Apa lu ingat muka lu cantik sangat ke samdol? HAHA. Gua penat balik kerja cari nafkah, balik rumah lu buat muka dengan gua pahal? (Cis gaya macam orang berumahtangga pulak!) Cilaka! HAHA.

6 comments:

FH said...

header ang da sampai. haha

FarhanaDr said...

Hahahahaha.. Akak tak gune perahu.. Titanic je.. Ada gear reverse.. Kikiki.. :p

Ada jenis orang, boleh guna kias2 ni.. Ada plak yang bagi jek straight to the point.. Haha.. Tapi yang jenis kalau baca blog perasan tapi kat luar realiti tak paham, maka kena laa selalu tulis entry dalam blog gamaknya kalau nak menegur.. Hehe..

- abdul hadi abdul muti - said...

woh!!woh!!suke gile ngan ayat lu!!haha.same la ngan aku. gaduh sebab tibe tibe mamat mamat tu nak terase lebih lebih. gelabah gile nak touching touching.

Siti Zafira said...

Aku pernah break off dengan sorang kawan sebab situasi yang seumpamanya. Tapi pada aku dia salah faham. Sangat salah faham.

Aku berkias dalam entri aku dahulunya pasal kesedihan aku kena aniaya dengan salah seorang coursemate. Aku rasa coursemate aku tu dah melampau. Aku rasa geram sangat, aku berkiaslah dalam blog aku. Tapi aku berani kata masa tu ayat aku takde pun sebut stupid ke atau sebagainya.

Tiba-tiba, kawan aku ni terus masam muka dan tak tegur walaupun aku ketawa-ketawa dengan dia. Rupa-rupanya dia avid silent reader blog aku.

Dia terasa. Tapi absolutely dia dah salah faham. Hurm. Dosa aku juga sharing kisah sedih aku kononnya kat blog. Huhu. Aku pun mulalah cakap kifarah dosa untuk aku kot clash clash ni. Hehe. ^^

Tapi sampai sekarang, aku terus hilang respect dengan orang macam ni. Yang nak terasa tak pasal-pasal. Buat aku cakap "You just make me sick." Kih kih.

Entah apa-apa. Berani putus kawan konon tapi kalau ikut ilmu psychology, orang macam nilah yang pengecut sebenarnya. Coward, takut hadapi dunia semasa.

Huh.

nn said...

teringat masa kat surau fac tiba-tiba ada orang cakap kat aku "aku baca blog kau tau. kengkadang aku terasa jugak". aku cam, baguslah kau terasa. memang untuk kau pun. haha. tau pun dia salah dia. ingat tak tau :P

Hanis Manis said...

that is y words adalah satu weapon yang sangat berbahaya. heee.

thanks sebab tag i dalam blog list. sangat appreciate. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...